18.9.09

Seloka 1A7

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Haa... Hari ini, nak try bakat buat seloka pulaa! Untuk budak-budak kelas aku. Erm, jadik ke tak... Wallahualam. Nilai sendirilah.

Awal tahun berebut-rebut,
Kerusi meja habis diambil,
Itulah kami di kelas 1A7,
Kelas ceria tahun ini!

Sungguh tegas tetapi baik,
Wajahnya tenang sungguh menarik,
Suka bergurau dan suka mengusik,
Cik Nordiana guru kelas kami.

Tinggi lampai dan hitam manis,
Kalau exam dia yang meletup,
Agak garang tetapi alim,
Siapa lagi kalau bukan Amir, ketua kami.

Putih melepak berpipi gebu,
Sekali pandang macam bidadari,
Sarah seorang yang baik hati,
Sesuai sungguh sebagai penolong kelas kami.

Berkaca mata dan bijaksana,
Itulah Ainul kesayangan kami,
Banyak bercakap dan agak laser,
Dalam exam, jangan main-main!

Agak tinggi mencecah siling,
Walaupun senyap tapi berbisa,
Lokmanul Hakim itulah dia,
Kalau berkawan tidaklah rugi.

Tinggi menggunung bak KLCC
Nama panggilan dialah Fifi,
Seorang sensitif dan suka mengusik,
Kadang-kadang pendiam kadang-kadang bising.

Nurul Sofiah nama diberi,
Senyuman indah berseri-seri,
Bercermin mata bermata cantik,
Sangat rajin dan suka mengemas!

Seorang yang lawak dari luaran,
Tapi hati bak bidadari,
Wajahnya tenang tiada kusut,
Ain Suraya meniti di bibir.

Ramai kawan ramai peminat,
Bersuara garau tetapi tak jelas,
Namanya Anwar pendiam orangnya,
Kawan baik keliling pinggang.

Nurul Sabrina sangat manis,
Dalam exam, meletup-letup,
Berwajah ayu senyuman menawan,
Kalau ketawa sungguh menarik hati.

Seorang pendiam dan kelakar juga,
Baik hati serta sopan,
Itulah dia Faez kami,
Suka menggeleng tak kira tempat. (XD)

Ishana Nasuha nama yang indah,
Sungguh tinggi tiada bandingan,
Walau meja seringkali berserabut,
Hatinya baik sungguh pemurah.

Kecil molek bagaikan adik,
Itulah dia si Raihanah comel,
Suka ketawa mengekek-ngekek,
Baik hati dan murah senyuman.

Berbadan kecil berkaca mata,
Kalau dikira sungguh lucu orangnya,
Namanya Irfan penghuni asrama,
Suka bercerita dan bertazkirah panjang.

Agak kecoh dan juga bising,
Tak kira di mana dia berada,
Namanya pelik tetapi unik,
Itulah dia Che Ku Syaukani.

Berjiran dengan Irfan dan Syaukani,
Bertubuh kecil berwajah bayi,
Seorang pendiam tetapi tetap heboh,
Namanya Luqman penjaga suis kipas. (hahaha)

Kecil molek senyuman bayi,
Suaranya halus bak angin bertiup,
Hasyimah cantik dan bermata bulat,
Sekali tengok sungguh terpikat.

Suaranya kuat tetapi pendiam,
Kalau bercakap boleh dibilang,
Siapa dia kalau bukan Atiqah,
Walaupun senyap agak nakal.

Athirah Nadia nama diberi,
Bercermin mata berwajah comel,
Jangan pandang sebelah mata,
Nanti exam baru menyesal.

Wan Nur Athirah panjangnya nama,
Walaupun begitu baik orangnya,
Suaranya halus bak buluh perindu,
Amatlah alim dan suka tersenyum.

Seorang yang cantik dan tinggi lampai,
Selalunya skor subjek Matematik,
Dialah Aina Farzana,
Sekali tersenyum pasti cair.

Berkawan baik dengan si Aina,
Itulah dia Aqilah kami,
Suka tersengih berkaca mata,
Sungguh riang secerah siang.

Agak kasar tetapi malu,
Walaupun begitu sungguh menawan,
Siapa lagi kalau bukan Atikah,
Suka sangat ambil hati orang. *betul ke?

Berperangai pelik tetapi baik,
Suka tersenyum dan suka melawak,
Agak glamor di kalangan pelajar,
Dialah Zikrie penghuni asrama.

Agak kiut dan juga pemalu,
Ketawa banyak tetapi pendiam,
Suaranya perlahan tiada kedengaran,
Hmmm... Siapa lagi kalau bukan Alya.

Manis senyuman matanya genit,
Sungguh ayu kalah sang puteri,
Itulah Dina bendahari kelas,
Dengan quotenya, "Tolong ahh..."

Namanya Linda nama yang cantik,
Sekali tersenyum sungguh manis,
Sangat pendiam dan tak cakap banyak,
Kalau ditanya dijawab sepatah.

Mukanya blur setiap waktu,
Tetapi dia seorang yang baik,
Itulah dia Izzat namanya,
Bersuara garau dan suka tersengih.

Nama panggilan ialah Azeeb,
Empunya tempat di sebelah Izzat,
Satu-satunya lelaki bercermin mata,
Walaupun pendiam agak berbisa.

Sungguh tinggi dan 'agak' bijak,
Itulah dia Abdul Rahman,
Walaupun bising mengada-ngada,
Tanpa dia sunyilah kelas.

Okey, amacam? Jadik tak? Kakak aku cakap SELOKA kena ada rhyme. Sesedap mulut je. Aku dah check cari kat internet, seloka tak payah ada rhyme pun. So, kesimpulannye, jangan memandai, okey!

Stop untuk today.
Nantikan besok ucapan khas dari saya sempena Idul Fitr ini. =)

Wassalam.

No comments: